Pelaburan bijak untuk masa depan yang lebih cerah.
Koperasi Kakitangan LPPKN (Malaysia) Berhad (No. Pendaftaran: 4697) adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 dan didaftarkan pada 21 Januari 1972, dengan nama asalnya Syarikat Kerjasama Kakitangan Lembaga Perancang Keluarga Malaysia Berhad.
Pertubuhan koperasi pada dasarnya berasaskan kepada penyertaan anggota-anggota melalui kemasukan syer.
Jumlah wang yang disumbangkan oleh anggota sebagai satu bentuk modal saham.
Syer minimum adalah sebanyak RM100.
Syer hanya boleh ditebus apabila keanggotaan terhenti atau berdasarkan syarat-syarat yang selaras dengan Undang-Undang Kecil Koperasi.
Minimum wang yang disumbangkan secara tetap, pada setiap bulan adalah RM50.00.
Modal yuran hanya boleh dikeluarkan apabila memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil Koperasi atau apabila tamat keanggotaannya sebagai anggota koperasi.
Pembahagian keuntungan koperasi diagihkan mengikut jumlah modal syer atau modal yuran yang dimiliki oleh anggota.
Agihan keuntungan dibuat selepas pembayaran zakat dijalankan.
Kadar dividen atas modal syer atau modal yuran akan ditentukan berdasarkan prestasi kewangan semasa.
Dividen akan dikreditkan terus ke akaun bank anggota.
Prestasi 8 tahun terakhir pembayaran dividen oleh Koperasi Kakitangan LPPKN adalah seperti berikut:
| Tahun | Kadar Dividen Syer | Kadar Dividen Modal |
|---|---|---|
| 2024 | 10.00% | 5.25% |
| 2023 | 10.00% | 4.50% |
| 2022 | 10.00% | 4.00% |
| 2021 | 10.00% | 4.50% |
| 2020 | 10.00% | 5.50% |
| 2019 | 10.00% | 5.00% |
| 2018 | 10.00% | 4.80% |
| 2017 | 10.00% | 4.53% |
| 2016 | 10.00% | 4.00% |
Rekod 7 tahun terakhir pembayaran bantuan/sumbangan oleh Koperasi Kakitangan LPPKN adalah seperti berikut:
| Tahun | Jumlah Sumbangan Yang Telah Dikeluarkan (RM) |
|---|---|
| 2024 | 21,816.00 |
| 2023 | 22,368.00 |
| 2022 | 22,326.00 |
| 2021 | 22,921.00 |
| 2020 | 29,801.00 |
| 2019 | 8,200.00 |
| 2018 | 11,200.00 |
| 2017 | 11,850.00 |